“SAYA sebagai orang tua perlu berfikiran matang. Sebagai ayah, bila anak bersikap sebegitu, saya tak boleh bersikap sama.”
Itu komen ringkas penerbit dan pengarah prolifik, Datuk Yusof Haslam apabila ditanya mengenai anaknya, Syamsul Yusof atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof yang masih belum pulang bertemu keluarga biarpun sudah beberapa kali dipujuk untuk bertemu.
Jelas Yusof, 70, beliau beranggapan Syamsul kini sibuk dengan filem Original Gangster yang dijangka menemui penonton pada penghujung tahun ini.
Bagaimanapun dalam masa sama, beliau tidak mahu terlalu memikirkan dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul.
“Apa sahaja untuk Syamsul, saya dan ibunya sentiasa mendoakan terbaik. Tidak ada ayah atau orang tua yang mahu melihat kejatuhan anaknya.
“Saya rasa tak ada anak yang tak sayang ibu bapanya. Mungkin dia masih merajuk atau terkilan lagi.
"Saya hanya doakan terbaik kerana setiap kejadian berlaku kita tak boleh ubah takdir,”katanya.
Tambah Yusof, beliau juga enggan memberi komen lanjut demi menjaga hati beberapa pihak terutama isterinya, Datin Patimah Ismail.
“Isteri saya sentiasa berpesan agar berserah pada Allah SWT untuk menentukannya.
“Saya tak mahu komen lebih nanti ada pihak merajuk. Saya nak jaga hati semua orang terutama isteri. Tak mahu hubungan saya dengan isteri menjadi keruh hanya kerana benda ini,” jelasnya yang kini memilih untuk membahagiakan anak, menantu dan cucu yang ada.
Terdahulu, figura yang terkenal dengan jolokan ‘Six Million Dollar Man’ pernah beberapa kali meluahkan kekecewaan apabila Syamsul seolah ‘menghilangkan’ diri semenjak kemelut rumah tangganya diketahui umum.
Bagaimanapun Yusof pernah sekali berjumpa Syamsul sekitar tahun 2022, sebelum anak kedua itu kembali menjauh. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 03 2024
Bagaimanapun, Yusof (kiri) berkata, beliau tidak mahu terlalu memikirkan dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul (kanan). - Foto Sinar Harian
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan menegaskan persepsi bahawa Kerajaan memansuhkan atau menghapuskan subsidi diesel adalah tidak tepat.
SKDS 2.0: Pantau pelaksanaan di Semenanjung terlebih dahulu
Armizan berkata masih banyak perkara yang perlu diperhalusi termasuk melihat kepada hasil pelaksanaan di Semenanjung sebelum laksana di Sabah dan Sarawak.
Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan Malaysia Airlines sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu.
SKDS 2.0: 1 juta fleet card sudah tersedia
Armizan berkata, setakat ini sebanyak 1 juta stok fleet card sudah tersedia untuk memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).
'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri itu.
Bursa Malaysia catat kenaikan selepas Google umum pelaburan di Malaysia
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini tetapi indeks utama naik selepas Google mengumumkan untuk melabur RM9.4 bilion di Malaysia.
Johor giat kembangkan sektor pelancongan kesihatan menjelang TMJ 2026
Kerajaan Negeri Johor sedang giat menjalankan usaha mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Didakwa kembali rujuk dengan bekas suami, ini respons Puteri Sarah
Lebih menjengkelkan apabila segelintir pihak menggunakan berita palsu semata-mata untuk kepentingan diri.
Puteri Sarah bawa anak-anak bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga mentua
"Saya masih ikut tradisi beraya dengan mentua sebab saya tak pernah anggap mereka orang luar biarpun apa yang terjadi."
'Tiada anak tak sayang ibu bapa, mungkin Syamsul masih merajuk' - Yusof Haslam
Jelas Yusof, beliau beranggapan Syamsul kini sibuk dengan filem Original Gangster yang dijangka menemui penonton hujung tahun ini.
'Jangan tunggu dah tak ada baru nak cari' - Yusof Haslam menangis rindukan Syamsul
Tiada perasaan marah, Yusof bagaimanapun memberi masa dan ruang untuk Syamsul yang berkemungkinan ada terasa hati dengannya dan isteri, Datin Patimah.
Selepas Munafik 2, Syamsul Yusof bakal muncul dengan filem seram baharu
Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Syamsul memaklumkan dia kini dalam proses membuat skrip untuk filem seram terbaharu bersama Astro Shaw.
Puteri Sarah nekad saman bekas menantu Kazar
Puteri Sarah Liyana nekad untuk meneruskan saman terhadap bekas menantu Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.
'Tak ke mana pun saman menyaman' - Yusof Haslam nasihat Puteri Sarah
Yusof berkata, dia tidak mahu komen lebih lanjut dan cuma mengharapkan yang terbaik buat Puteri Sarah.
'Kami bahagia dengan kehidupan kami sendiri' - Ira selesa kongsi video bersama Syamsul
Ira memuat naik video Syamsul sedang berjalan dari belakang dengan kapsyen indah buat suami tercinta.
Puteri Sarah beri 'amaran' bekas menantu Kazar masih 'jaja' cerita?
Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa berang apabila mengetahui bekas menantu kepada pelakon senior Kazar Saisi yang dikenali sebagai Wiwie Darvienda Mazweena masih menyalak di Instagram.
Doa jodoh cepat, Puteri Sarah terbuka andai bakal suami masih orang industri seni
Malah pelakon drama Andai Itu Takdirnya turut berkongsi moto hidupnya yang tidak akan menoleh kembali kepada kisah lalu.